Sunday, 16 September 2012
Saturday, 15 September 2012
Friday, 31 August 2012
Wednesday, 15 August 2012
Tuesday, 5 June 2012
MINGGU PSS DAN ICT 2012
Program Minggu PSS dan ICT ini telah berlangsung dengan jayanya dalam bulan Mei 2012 iaitu bermula daripada 4 Mei 2012 sehingga 25 Mei 2012. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung:
KUIZ PSS
BENGKEL WINDOWS MOVIE MAKER DAN PHOTOSCAPE
MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS PSS
MAJLIS PENUTUP MINGGU PSS DAN ICT
Wednesday, 16 May 2012
Friday, 30 March 2012
APA ITU PROGRAM NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau
adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini
meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah
dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian
Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang
ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah
rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan
rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian
Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh
22 Mei 1998.
MATLAMAT NILAM
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
OBJEKTIF NILAM
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
KOMPONEN NILAM
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
TAHAP DALAM PROGRAM NILAM
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina
kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap
ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan
penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN
PEMBACA (RP).
Sumber :
Tuesday, 27 March 2012
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PSS SMKPT
PERPUSTAKAAN
Peminjaman / Pemulangan Buku
Suratkhabar / Majalah
Contoh Folio/Kerja Kursus/Laporan/Buku Skrap
Bank soalan
Penggunaan komputer untuk kerja kursus Tingkatan 3 dan 5
BILIK BBM
Peminjaman BBM serta alatan audio
Ruang penyediaan BBM
Perkhidmatan Laminate
OHP
BILIK
MEDIA/TAYANGAN
Tayangan TV(P)/OHP/LCD
Ruang Mesyuarat Alternatif
Rakaman Rancangan TV
Rakam Salin
Kampus Astro
BILIK ICT /
MAKMAL KOMPUTER GURU
Penggunaan komputer, printer dan internet khusus untuk
guru dan pelajar
Peminjaman CD
BILIK ACCESS
Penggunaan Internet, printer dan internet khusus kepada
pelajar, guru, staf dan komuniti yang berdekatan.
APA ITU PUSAT SUMBER SEKOLAH?
Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) merupakan satu tempat atau gedung ilmu dan bahan di mana kita mendapat maklumat yang diperlukan.
Pusat
sumber sekolah juga merupakan tempat pengumpulan dan penyebaran
maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan dengan bersistematik bagi
memudahkan pelanggan.
PERANAN PSS
- Pusat Ilmu
- Pusat Penemuan
- Pusat Pengajaran dan Pembelajaran
- Pusat Pengajaran
- Pusat Profesional
- Pusat Hubungan Masyarakat
FUNGSI PSS
• Merancang dan mengurus perolehan bagi membina koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini yang selaras dengan keperluan kurikulum dan memenuhi keperluan warga sekolah.
• Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan akses maklumat bagi kegunaan individu atau kumpulan.
• Memberi panduan dan kemahiran kepada warga sekolah berkaitan proses carian, penghasilan dan penggunaan maklumat.
• Menyediakan kemudahan, peralatan dan bahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi.
• Menjalin perkongsian pintar dan rangkaian strategik dengan pelbagai agensi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN
• Perkhidmatan Sirkulasi Bahan
Sirkulasi bahan di sesebuah PSS perlu mengambil kira saiz koleksi, jumlah pengguna dan keperluan pengguna.
Sirkulasi bahan terdiri daripada:
a. Pinjaman biasa
b. Pinjaman khas
c. Pinjaman berkelompok
Sirkulasi bahan juga boleh dibuat antara PSS / perpustakaan awam melalui pinjaman antara perpustakaan (inter-library loan) bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
• Perkhidmatan Khidmat Nasihat / Rujukan
Khidmat nasihat / rujukan perlu diberi kepada warga sekolah berkaitan perkara berikut :
• Pemilihan bahan
• Pencarian maklumat
• Rekabentuk, pembinaan dan penggunaan bahan P&P
• Penggunaan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi
• Perkhidmatan Kesedaran Semasa
PSS perlu menyediakan perkhidmatan kesedaran semasa untuk memaklumkan kepada warga sekolah berkaitan maklumat atau judul terkini yang terdapat di PSS.
Perkhidmatan ini boleh disediakan melalui sumber berikut :
a. laman web sekolah / PSS
b. keratan akhbar
c. muka surat kandungan majalah
d. bibliografi beranotasi
e. senarai bahan terkini
f. abstrak dan indeks bahan terpilih
g. pangkalan data bibliografi sumber PSS
h. pameran buku baru
• Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Program pendidikan pengguna perlu disediakan secara terancang dan berterusan untuk memaklumkan warga sekolah berkaitan program, aktiviti dan perkhidmatan PSS di samping memberi kemahiran kepada mereka berkaitan penggunaan kemudahan PSS dan pencarian maklumat.
• Perkhidmatan Papan / Sudut Maklumat
Akses kepada maklumat sekolah / PSS perlu disediakan melalui papan / sudut maklumat yang ditempatkan di lokasi yang strategik.
• Perkhidmatan Pengurusan Sumber Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan mengikut keperluan dan kemampuan sekolah. Akses kepada pangkalan data sumber maklumat pelbagai bidang ilmu sama ada dalam atau luar negara perlu disediakan melalui laman web sekolah atau PSS.
• Perkhidmatan kemudahan bilik / ruang
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perkhidmatan yang boleh disediakan oleh PSS adalah seperti berikut :
• Bilik Tayangan / Audio Visual / Multimedia
• Pusat Akses Kendiri
• Sudut Bercerita / Aktiviti
• Sudut / Bilik Perbincangan
• Bilik Rakaman
• Perkhidmatan Reprografi
Perkhidmatan ini disediakan untuk percetakan, memuat turun maklumat digital dan membuat salinan bahan.
• Perkhidmatan Akses Maklumat
Perkhidmatan ini perlu disediakan untuk mengakses maklumat menggunakan kemudahan Internet atau Intranet.
HALA TUJU PSS DI MALAYSIA
Program dan halatuju PSS di Malaysia adalah sejajar dengan perkembangan ICT masa kini. PSS kini bukan hanya terdiri daripada bahan cetak semata-mata (buku, surat khabar, jurnal, majalah) malah merangkumi bahan berbentuk elektonik dan digital (courseware, e-bahan, eduweb TV, e-book, audio book, e-jurnal, newspaper online).
Program dan halatuju PSS tidak boleh lari daripada dua dokumen berikut:
• The School Library Manifesto: The school library in teaching and learning for all (IFLA/UNESCO 2000)
• The IFLA/UNESCO School Library Guidelines (2002)
Kedua-dua dokumen ini menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan PSS di Malaysia.
Sumber :
Monday, 19 March 2012
JAWATANKUASA PSS 2012
JAWATANKUASA
INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENGERUSI
Pn Umi Kalthum Bt Mustafa(Pengetua)
TIMB. PENGERUSI
En Roslan B Kamarudin (GPK 1)
NAIB PENGERUSI
En Khairol Mokhtar B Mohd Yusof (GPK HEM)
Cik Siti Khatijah
Bt Mohamad (GPK KK)
SETIAUSAHA
Cik Suaslinawati Bt Md Shuid (Penyelaras PSS)
AJK
Semua Ketua Bidang
dan
Ketua Panitia
JAWATANKUASA PUSAT SUMBER
PENGERUSI En Roslan B Kamarudin(GPK 1)
PENYELARAS Cik Suaslinawati Md Shuid
PEN. PENYELARAS
Pn Masita Mastor
PERPUSTAKAAN Cik Nurul Izza Bt Jimat (K)
Cik
Noor Sheila Bt Abdullah
NILAM Cik Aida Azura Bt Othman (K)
Pn
Mastura Bt Mohd Azlim
Penyelaras
Tingkatan
BILIK MEDIA Pn Maznah Bt Jamaludin (K)
Pn
Suzana Bt Hassan
BBM Cik Noraida Bt Yusof(K)
Pn
Rubiah Bt Yaacob
BILIK ACCESS Cik Nik Sarizah Bt Nek Shariffudin(K)
Cik
Noor Sheila Bt Abdullah
En
Rajendran A/L Arasie
TEKNIKAL & MAKMAL En Rajendran A/L Arasie(K)
KOMPUTER Cik Noor Sheila Bt Abdullah
En
Hairul Bin Zainudin
AJK SIARAYA En Mohd Azhar B Daud(K)
En
Siva Perumal A/L Tanapal
Thursday, 8 March 2012
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (Felda) terletak 40 km ke Timur dari Bandar Seri Jempol dan 60 km dari Bandar Bahau. Sekolah ini siap dibina pada 4 Disember 1989 dan memulakan sesi persekolahan pertama pada Januari 1990. Di awal pembukaannya terdapat 10 orang guru dan seorang kakitangan bukan guru dengan menerima 180 pelajar dari kawasan Felda Palong 7, 8, 9, 10, 11, 14, 15 dan 16. Terdapat 12 bilik darjah, 2 makmal, 2 bilik ERT, bengkel, pusat sumber, perpustakaan, pejabat, bilik guru dan kemudahan lain iaitu satu gelanggang badminton, sepak takraw dan bola tampar.
Dalam tahun 1993 jumlah pelajar bertambah kepada 807 dan guru meningkat kepada 44 orang. Pada tahun 1997 secara rasminya Sekolah Menengah Palong Tujuh (F) telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Tujuh (F).
